Pangkalan Data Multimedia
YouTube
Data multimedia biasanya bermakna imej digital, audio, video, animasi dan grafik bersama-sama dengan data teks. Pemerolehan, penjanaan, penyimpanan dan pemprosesan data multimedia dalam komputer dan penghantaran melalui rangkaian berkembang dengan hebat pada masa lalu baru-baru ini.
Pertumbuhan yang menakjubkan terhadap pelbagai video dimuat naik adalah disebabkan tiga faktor. Pertama, penggunaan komputer peribadi meluas dan kemahiran pengkomputeran pengguna juga meningkat. Selain itu, kemajuan teknologi menyebabkan peranti resolusi tinggi, yang akan merakam dan memaparkan data multimedia seperti teknolgi kamera digital, pengimbas, monitor, dan pencetak serta mampu penyimpanan dengan berkepadatan tinggi. Kedua rangkaian komunikasi data kelajuan tinggi boleh didapati pada masa kini. Web telah berlipat ganda liar dan perisian untuk memanipulasi data multimedia kini boleh didapati. Akhir sekali adalah kerana disebabkan beberapa aplikasi yang sedia ada tertentu perlu disertakan dengan data multimedia. Gaya ini semakin hari digunakan didalam aktiviti harian manusia.
Media Pangkalan data (MMDBs) Youtube terpaksa berhadapan dengan peningkatan penggunaan jumlah besar data video yang digunakan dalam di dalam laman webnya. Jumlah kualiti video juga telah mempengaruhi jumlah penyimpanan pangkalan data Youtube. MMDBs Youtube diperlukan untuk menyimpa, memproses, menghantar pelbagai jenis video yang dimuat naik mahupun dimuat turun. Hal ini termasuklah dengan menguruskan pelbagai jenis format video yang dimuat naik oleh pengguna.
Pangkalan Data Multimedia Youtube mempunyai empat kandungan iaitu :
1. Data Media merujuk kepada data video yang telah dirakam oleh pengguna, digital proses, mampat dan disimpan setelah dimuat naik.
2. Format Media Data mengandungi data video yang berkaitan format selepas melalui fasa pemerolehan, pemprosesan dan pengejodan. Sebagai contoh di laman web Youtube ialah resolusi skrin yang diguna pakai, frame rate, paparan jangka masa dan lain-lain. Data kata kunci media boleh digunakan sebagai indeks untuk tujuan pencarian.
3. Media data kata kunci mengandungi penerangan kata kunci yang berkaitan dengan penjanaan video. Sebagai contoh yang diguna pakai oleh laman web Youtube ialah tajuk, tarikh, masa, tempat rakaman, penerangan video dan lain-lain yang dikenali sebagai data deskriptif kandungan.
4. Media ciri data mengandungi ciri-ciri yang berkaitan dengan elemen kandungan didalam video seperti pengedaran warna, saiz paparan skrin dan perkara yang dirujuk kepada kandungan data video. Data ciri media juga digunakan sebagai indeks untuk tujuan pencarian.
Selain itu, pelbagai ciri-ciri dalam laman web Youtube yang mempunyai kesan langsung atau tidak kepada pengguna. Hal ini termasuklah menguruskan pelbagai jenis peranti input, output dan penyimpanan. Data input boleh didapati daripada pelbagai peranti seperti pengimbas, kamera digital untuk imej, mikrofon, alat-alat untuk audio MIDI, kamera video, telefon bimbit, computer riba dan lain-lain. Manakala peranti output yang biasa digunakan poleh pengguna ialah monitor resolusi tinggi untuk video dan pembesar suara untuk mendengar audio.
Selain itu, Youtube juga mengendalikan pelbagai pemampatan data dan penyimpanan format. Pengekodan data mempunyai pelbagai format dan menyokong platform pengkomputeran yang berbez-beza. Pengguna yang berbeza mengendalikan komputer dan alat peranti yang sesuai dengan keperluan dan cita rasa mereka. Akan tetapi pengguna masih memerlukan jenis pandangan yang sama tanpa mengubah sebarang data video.
Di samping itu juga Youtube mengendalikan pelbagai jenis indeks. Sifat carian pengguna yang tidak tepat dan subjektif terhadap data video. Ini memerlukan indeks kandungan yang bergantung kepada indeks utama kata kunci. Youtube juga mematuhi kekangan masa nyata untuk penghantaran data video dan audio. Sebagai contoh, bingkai video yang perlu dipaparkan pada kadar sekurang-kurangnya 30 bingkai sesaat bagi mata pengguna untuk melihat kesinambungan dalam video [13].