Sukar untuk dipercayai bahawa YouTube baru berusia lima tahun. Namun itulah hakikatnya. Laman web YouTube telah ditubuhkan pada 15 Februari 2005 oleh Steve Chen, Chad Hurley dan Jawed Karim[6]. Sebelum tertubuhnya laman web ini, pengasas YouTube ini telah menyedari beberapa masalah kecil yang dialami semasa ketiadaannya. Antara masalah yang dihadapi ialah seperti manusia boleh merakam video dengan menggunakan pelbagai teknologi digital terkini sama ada ia mahal mahupun murah, namun tidak ada cara yang baik untuk menunjukkan rakaman tersebut dengan orang lain[1]. Selain itu, fail video yang dihantar melalui e-mel juga mempunyai kapasiti yang besar dan berat untuk dimuat naik. Maka dengan adanya YouTube, pengguna hanya perlu menyiarkan video tersebut di dalam laman web YouTube dan menghantar ‘link’ URL kepada sesiapa sahaja yang ingin dikongsikan bersama[4].
Sejarah awal penubuhan laman web YouTube ini ketika ketiga-tiga pengasas ini telah bekerja di pusat perkhidmatan pembayaran atas talian PayPal. Mereka datang dengan pelan yang direka khas untuk mewujudkan laman web ini. Setelah beberapa bulan ia ditubuhkan, Google yang semakin meningkat pada semua komunikasi awam telah membeli YouTube yang semakin meningkat popular dengan harga 1.65 billion dolar[7].
Selepas pelancaran pertama YouTube pada May 2005, semakin orang ramai mengenal akan tentang laman web ini dan mula menyertainya secara percuma[7]. Dan sehingga kini, YouTube mempunyai berjuta pengguna di seluruh dunia. Hampir setiap minit setiap hari, lebih daripada tiga puluh lima video yang dimuat naikkan[4]. Disamping berkongsi video-video kegemaran, pengguna YouTube yang lain juga boleh memberi komen akan tentang video tersebut dan ia juga dapat memaparkan respons pengguna lain terhadap video sama ada digemari (like) atau tidak digemari (dislike)[6].